Penduduk China Sokong Dasar Sifarkan Kes COVID-19

2021-11-01 16:52:07  CRI
Share with:

Penduduk China Sokong Dasar Sifarkan Kes COVID-19_fororder_1088295663

Adakah ‘harga’ untuk memastikan kes COVID-19 supaya menjadi sifar di China terlalu tinggi? Dan, adakah dengan melaksanakan dasar ini seolah-olah melanggar ‘hak asasi’ penduduk di sini?

Kejadian yang berlaku di Disneyland Shanghai semalam mungkin sedikit sebanyak dapat membantu dalam memahami pengaruh yang dibawa oleh dasar sifar COVID-19 kepada negara ini.

Semalam klip video para pelancong di Disneyland menerima pemeriksaan COVID-19 ditemani pertunjukkan bunga api menjadi tular di media sosial China (cuba layari hantaran Satria pagi ini).

Seorang pelancong yang pernah melawat Disneyland dilaporkan positif pada kira-kira pukul 6 malam semalam, Shanghai segera memutuskan mengadakan pemeriksaan terhadap semua pelancong yang masih berada dalam taman tersebut dan menuntut semua pelancong yang pernah melawat Disneyland melaporkan diri dan mengikuti protokol pemeriksaan.

Hingga pukul 11.30 malam semalam, pemeriksaan terhadap lebih 30 ribu pelancong dalam taman Disneyland diselesaikan, dan kerajaan mengaturkan sejumlah 220 buah bas untuk menghantar mereka pulang ke rumah untuk terus mengadakan pemantauan.

Memetik hantaran pegawai yang menjaga kawalan wabak di Shanghai, Dr. Zhang Wenhong dalam akaun media sosialnya yang berbunyi, “terima kasih atas bunga api yang tidak terganggu di Disneyland hari ini, memperlihatkan ketenangan manusia tatkala menghadapi kecemasan dan juga keyakinan pada masa depan”.

Menurut beliau, para pelancong tak payah risau dan boleh tidur dengan tenang hati malam ini, cuma beliau dan semua staf yang lain akan terus bekerja untuk menamatkan protokol kawalan wabak yang standard.

Hingga pukul 8 pagi tadi, keputusan pemeriksaan memperlihatkan kesemua 33863 orang pelancong dalam taman Disneyland semalam adalah negatif. Kalau mereka disahkan tidak terjangkit mengikuti protokol selanjutnya, semuanya akan kembali normal.

Dengan kawalan wabak yang berkesan di China, setiap hari terdapat lebih 50 ribu pelancong melawat Disneyland. Meskipun menghadapi kejadian cemas macam semalam, yang diperlukan adalah dua kali pemeriksaan COVID-19 dalam tempoh dua hari sebelum balik kerja.

Mungkin mereka sempat menggunakan satu dua hari ini menyertai peseta e-dagang “11.11” yang telah dibuka tirai. Jualan semalam dari akaun seorang penjualan tersohor di China, Li Jiaqi mencatat RM700 juta!

Pada masa yang sama, keadaan di negara yang selalu mengkritik dasar kes sifar di China pula memperlihatkan kes kematian COVID-19 mereka telah melebihi 760 ribu orang.

Kekurangan pekerja di beberapa pelabuhan terbesar ekoran wabak menjadikan lebih 200 ribu kontena tak sempat diuruskan. Dengan gangguan rantaian bekalan, kos jamuan Thanksgiving bagi para penduduk AS pada tahun ini jauh lebih mahal berbanding dulu.

Kawalan wabak di negara itu yang tidak bertanggungjawab juga membawa impak terhadap ekonomi dunia. Pengangkutan maritim global telah banyak terganggu ekoran kesesatan di pelbagai pelabuhan AS. Pada masa yang sama, pengeksport di China pula susah mencari kontena sebab terlalu banyak kontena ‘tersadai’ di pelabuhan AS!

Akhir kalam, Satria nak memetik laporan New York Times yang diterbitkan pada bulan Februari tahun lalu yang membuat kesimpulan, “Setiap orang boleh membawa virus, mengapa ada orang terjangkit, ada orang selamat saja? Ini kerana perbezaan keimunan setiap orang. Setiap negara pula berkemungkinan menghadapi krisis, mengapa ia mampu diselesaikan dengan teratur di beberapa negara, tapi mengekorkan kejadian awam penting bahkan krisis sosiopolitik di beberapa negara lain? Ini kerana sistem pentadbiran yang berbeza memperlihatkan kemampuan menghadapi dan menyelesaikan krisis pula ada perbezaan.”

张弘