Isu Taiwan Adalah Baris Akhir Orde Antarabangsa Berdasarkan Peraturan

2021-11-02 16:02:11  CRI
Share with:

Baru-baru ini pihak AS telah mengeluarkan banyak isyarat yang salah bahkan saling melanggar mengenai isu Taiwan. Termasuk Setiausaha Negara Antony Blinken menyatakan sokongannya agar Taiwan menyertai PBB.

Kawan-kawan mungkin masih ingat hantaran Satria mengenai genap 50 tahun kerusi Republik Rakyat China di PBB dipulihkan pada minggu lalu.

Isu Taiwan Adalah Baris Akhir Orde Antarabangsa Berdasarkan Peraturan_fororder_src=http-%2F%2F5b0988e595225.cdn.sohucs.com%2Fq_70,c_zoom,w_640%2Fimages%2F20200126%2Fbde28bdf75184fd2b897db074cf6dcb2.jpeg&refer=http-%2F%2F5b0988e595225.cdn.sohucs

Betul, sebelum itu, rejim yang telah ditewaskan dalam perang saudara dan melarikan diri ke pulau Taiwan selama lebih 20 tahun tetap mewakili China di PBB dengan sokongan Barat, khususnya AS. Perbincangan mengenai kerusi China terganggu sejak 1950.

Pada akhir tahun 1970, wakil AS di PBB, George Bush masih mengancam bahawa jikalau Republik Rakyat China mendapat kerusi, AS akan segera menarik diri dari PBB.

Hingga 25 Oktober tahun 1971, Resolusi 2758 PBB yang memulihkan kerusi Republik Rakyat China telah mendapat sokongan kebanyakan negara Asia, Afrika, Amerika Latin dan Eropah (termasuk Malaysia).

George Bush masih berucap untuk mencadangkan meletakkan wakil Taiwan di PBB.

Ketika itu, jawaban “No, No, No!” bergema dari seluruh dewan mesyuarat. Ada wakil dari negara lain berucap bahawa “Bagaimana jika AS memberikan kerusinya kepada wakil Taiwan?”

Pada malam itu, Resolusi 2758 diluluskan, Taiwan sebagai sebahagian dari China tidak berhak mewakili seluruh negara China bersuara di arena antarabangsa lagi dan wakil Taiwan diusirkan dari PBB.

Isu Taiwan Adalah Baris Akhir Orde Antarabangsa Berdasarkan Peraturan_fororder_src=http-%2F%2Fnimg.ws.126.net%2F-url=http%3A%2F%2Fdingyue.ws.126.net%2F2021%2F1027%2F3c929912j00r1mwqs002dd200m000crg00m000cr&thumbnail=650x2147483647&quality=80&type=jpg&refer=http-%2F%2Fnimg.ws.126

Inilah orde antarabangsa berdasarkan peraturan. Isu penting di dunia ini dibahaskan di PBB oleh semua negara anggota. Waima kuasa besar seperti AS pun tidak berhak melanggar dengan ancaman atau cadangan yang tidak masuk akal.

Walau demikian, hingga hari ini, AS nampaknya bercita-cita untuk mencabar resolusi PBB lagi.

Baru-baru ini, Joe Biden menyatakan AS akan melindungi Taiwan jikalau pulau ini menghadapi serangan dari Tanah Besar China. Tapi White House segera menjelaskan bahawa dasar AS mengenai Taiwan tidak berubah.

Antony Blinken pula berulang kali menegaskan dalam temuramah CNN bahawa Taiwan ada kemampuan untuk membela diri dan AS akan terus mengawal dasar satu China.

Kenyataan yang saling bercanggahan dari pihak AS merupakan percubaan yang amat bahaya untuk mencabar baris akhir orde antarabangsa dan China.

Adakah AS berpendapat kuasanya pada hari ini sudah jauh lebih kuat berbanding 50 tahun yang lalu hingga tak mahu mematuhi resolusi PBB lagi? Adakah AS sudah terlupa suara dari negara-negara lain juga?

Ketika bertemu dengan Antony Blinken di Itali kelmarin, Wang Yi mengeluarkan amaran bahawa isu Taiwan merupakan masalah yang paling sensitif antara kedua-dua negara, jika ditangani kurang bijak, akan menghancurkan hubungan bilateral.

Resolusi PBB telah memastikan di dunia ini hanya terdapat satu China. Taiwan merupakan sebahagian dari China. Tanah Besar dan Taiwan berada dalam satu negara. Apa jua percubaan untuk mengubah keadaan ini akan menjejaskan kestabilan serantau.

张弘