Apa yang AS Mahu Mengarut?

2021-11-05 14:59:18  CRI
Share with:

Apa yang AS Mahu Mengarut?_fororder_702116225

Tentera laut Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mengeluarkan satu laporan siasatan tentang insiden pelanggaran kapal selam USS Connecticut, yang mendakwa bahawa kapal selam itu terlanggar suatu 'bukit di bawah paras laut yang namanya tidak diketahui' dan mengakibatkan beberapa kelasi tercedera. Namun, laporan itu tidak memberikan penjelasan tentang motif pelayaran, lokasi kejadian, sama ada berlakunya kebocoran nuklear dan sama ada menjejaskan persekitaran laut di kawasan perairan Laut China Selatan. Jadi, apa yang AS mahu mengarut?

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, AS mendorong pelaksanaan apa yang disebut 'Strategi Indo-Pasifik', dengan bertudung 'pelayaran bebas' kerap kali mengambil tindakan ketenteraan di kawasan perairan Laut China Selatan. Menurut statistik berkenaan, setakat penghujung bulan Julai, jumlah pengintipan dekat terhadap China yang dijalankan tentera AS hampir mencatat 2,000 kali. Ada penganalisis berpendapat bahawa di sebalik pergelutan antara China dan AS yang semakin sengit, pelayaran kapal selam Connecticut ke Laut China Selatan justeru adalah untuk mengintip lebih banyak maklumat perisikan ketenteraan.

Apa yang AS Mahu Mengarut?_fororder_1450493682

Sudah dilaporkan bahawa selepas insiden itu berlaku, konvoi kapal tentera Pasifik AS mengeluarkan satu kenyataan yang menyebut kemudahan loji dorongan nuklear kapal selam itu tidak terjejas. Namun yang peliknya, pihak tentara AS turut mengerahkan pesawat pengintip WC-135w ke perairan terbabit untuk melakukan tinjauan. Menurut ramalan South China Morning Post, tindakan itu adalah untuk menyiasat sama ada kebocoran nuklear akibat pelanggaran atau tidak. Selaku negara yang mempunyai catatan keselamatan nuklear yang amat buruk, AS digesa menunjukkan bukti untuk menjelaskan keadaan persekitaran perairan di tapak kejadian berkenaan.

曹捷