Apa Cerita Benar tentang Pelanggaran Kapal Selam AS di LCS

2021-11-06 15:25:05  CRI
Share with:

Apa Cerita Benar tentang Pelanggaran Kapal Selam AS di LCS_fororder_283654868

Menurut Laporan ABC semalam, tiga orang pegawai kanan tentera laut Amerika Syarikat (AS) yang bertanggungjawab mengendalikan kapal selam berkuasa nuklear USS Connecticut telah dipecat daripada jawatan ekoran berlakunya insiden pelanggaran. Namun, pihak tentera AS masih belum memberikan penjelasan lain tentang punca insiden ini selain hanya menyebut bahawa kapal selam itu terlanggar suatu 'bukit di bawah paras laut yang namanya tidak diketahui'. Pihak AS memilih berdiam sahaja tentang kemungkinan berlaku kebocoran nuklear yang amat membimbangkan masyarakat antarabangsa. Apakah cerita benar yang berlaku pada kapal selam itu di Laut China Selatan (LCS)? China dan negara lain di kawasan LCS mempunyai hak untuk merungkai jawapan yang benar.

Ada pakar ketenteraan membuat kesimpulan bahawa kapal selam USS Connecticut amat berkemungkinan telah menjalankan misi pengintipan di perairan LCS. Ini boleh menjelaskan dari satu segi tentang kenapa pihak AS mendedahkan maklumat yang keliru pada waktu dulu dan kemudian cuba mengarut lagi.  

Selain itu, yang lebih membimbangkan masyarakat antarabangsa itu adalah kemungkinan munculnya ancaman akibat kebocoran nuklear semasa pelanggaran terbabit. Menurut pakar ketenteraan, apabila ditimpa kemalangan, kapal selam yang berkuasa tenaga nuklear berkemungkinan mencetuskan pencemaran nuklear.

Apa Cerita Benar tentang Pelanggaran Kapal Selam AS di LCS_fororder_1807886536

Pihak tentera AS sambil menyatakan tiada kebocoran nuklear sambil mengerahkan pesawat peninjau WC-135W ke perairan terbabit untuk melakukan tinjauan. Tindakan AS ini sememangnya pelik.

Bahagian mana kapal selam itu terjejas dalam insiden tersebut adalah hal yang amat diprihatin China dan negara di kawasan LCS. Yang amat membimbangkan pakar tentera itu adalah kebocoran nuklear, jika berlaku, akan membawa impak amat buruk kepada sumber perikanan dan ekologi alam sekitar LCS kerana reaktor nuklear yang dipasang dalam kapal selam itu menggunakan uranium yang diperkaya tinggi sebagi bahan bakar yang juga boleh berfungsi untuk kegunaan senjata .  

Memandangkan AS yang bersikap mengarut dan tidak mahu memikul tanggungjawab yang wajar, China dan negara di kawasan LCS berhak menjalankan siasatan terhadap insiden pelanggaran kapal selam USS Connecticut, dan meminta ganti rugi terhadap AS menurut hasil siasatan. Washington patut memikul tanggungjawab terhadap negara-negara di rantau LCS bahkan terhadap semua umat manusia.

曹捷