Pesta Barangan Bagus Asia dan Afrika 2021 Cermin Ekonomi China

2021-11-08 14:54:46  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_251390897_4441158175931791_7907752605083393386_n

Aktiviti penstriman langsung “Pesta Barangan Bagus Asia dan Afrika 2021” selama tiga jam pada malam Sabtu lalu berjaya menarik penonton kira-kira lebih 42 juta orang.

Setakat ini sahaja, jumlah barangan dalam transaksi mencecah 399,579 buah, manakala nilai jualan keseluruhan pula mencatat RMB61.68 juta (RM40 juta).

Lebih menarik lagi, kopi jenama CEPHEI dari Malaysia berjaya mencatat jualan sebanyak RMB2 juta (RM1.3 juta) dalam masa 10 minit saja!

Jujur, sebagai orang yang suka kopi dan amat memahami Malaysia, Satria langsung tak pernah dengar jenama ini, namun dengan adanya platform semasa Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-4 ini, ia mencapai jualan yang cukup hebat.

Yang lagi hebat, biji tusam daripada Afghanistan yang merupakan antara produk paling disukai pengguna China, ibarat pisang goreng panas apabila ia merekodkan jualan sebanyak 26 tan dalam masa dua jam sahaja!

Ini antara 45 tan biji tusam sebagai kumpulan pertama daripada Afghanistan pada tahun 2021 telah dibawa masuk ke China pada 1 November sejak situasi politik negara itu mengalami perubahan pada 15 Ogos lalu.

Contoh-contoh yang Satria sebutkan tadi adalah jawapan kepada pihak yang menyindir bahawa “dasar sifar kes COVID-19 di China telah mengasingkan negara itu dengan dunia sekali gus akan menjejaskan ekonominya”.

Hos untuk “Pesta Barangan Bagus Asia dan Afrika 2021” kali ini namanya Li Jiaqi, penjual secara penstriman langsung tersohor di China.

Rekod jualan tertinggi yang diciptanya adalah lebih RMB10 bilion (RM6.5 bilion) dalam tempoh satu malam sahaja pada 1 November lalu. Kali ini, beliau bekerjasama dengan Kumpulan Media China (CMG) untuk mempromosikan produk dari Asia dan Afrika dalam CIIE, secara tidak langsung telah memperlihatkan begitu dinamik ekonomi China dan rapatnya hubungan perdagangan dengan luar.

Satria masih ingat ketika China mengumumkan pertumbuhan KDNK pada suku tahun ketiga mencatat 4.9% yang rendah berbanding jangkaan, beberapa media Barat amat gembira mengada-adakan berita “hancuran ekonomi China”, tapi bila sebut tentang keadaan ekonomi sendiri yang jauh lebih rendah, mereka terus seolah-olah jadi bisu.

Sebenarnya, pertumbuhan KDNK China yang mencatat 4.9% nampaknya menurun secara mendadak berbanding 18.3% pada suku tahun pertama. Tapi kita perlu memahami pada suku tahun pertama tahun 2020, China sedang dilanda wabak COVID-19, maka ekonomi turut terjejas secara serius. Ini menjadikan pembangunan ekonomi suku tahun pertama tahun ini meningkat secara besar-besaran berbanding masa yang sama tahun lalu.

Bagaimanapun, dengan kawalan wabak yang cepat dan berkesan, ekonomi China telah memulih pada suku tahun ketiga tahun 2020. Manakala pada beberapa bulan yang lalu, krisis rantaian bekalan dan tenaga global turut membawa impak kepada China. Itulah sebabnya ekonomi China memperlihatkan pertumbuhan lumayan berbanding masa yang sama tahun lalu.

Yang jelas, ekonomi China kekal beroperasi secara sihat.

Sejak 1990an, nada “kehancuran ekonomi China” tampaknya seperti tiada tanda nokhtah yang sering kedengaran dari pelbagai “pakar” dan media Barat. Bagaimanapun, dengan diiringi nada tersebut, China berkembang menjadi entiti ekonomi kedua terbesar di dunia sekali gus mewujudkan pembasmian kemiskinan yang melibatkan 1/5 populasi di dunia.

Pada 20 tahun yang lalu, ekonomi China di bawah Itali, hingga tahun ini, ekonomi China melebihi jumlah keseluruhan 27 negara anggota Kesatuan Eropah.

Satra yakin, kemajuan yang tercapai ini juga merupakan hasil pimpinan Parti Komunis China yang membawa China ke arus yang tepat. Jalan pembangunan China ambil tak pernah dicuba oleh apa jua negara pun. Bagaimanapun, kebolehan Parti Komunis China adalah terus melakukan penyelidikan terhadap perkembangan semasa dan mengubahsuaikan dasar supaya menjayakan pembangunan negara.

张弘