CIIE Bawa Manfaat kepada Seluruh Dunia

2021-11-09 15:24:42  CRI
Share with:

CIIE Bawa Manfaat kepada Seluruh Dunia_fororder_微信图片_20211109152232

Dalam program jualan produk menerusi penstriman langsung  anjuran Kumpulan Media China (CMG) sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-4 yang diadakan pada malam Sabtu lalu, 120 ribu tin kacang pain yang dihasilkan dari Afghanistan habis dijual.

Hal ini segera memasuki senarai carian hangat media sosial di China. Menurut netizen China, "Membantu orang yang menderita pergolakan peperangan merupakan jasa baik", "Belilah kacang pain untuk membantu rakyat Afghanistan".

Kacang pain ini adalah sebahagian daripada kacang pain seberat 45 tan yang baru dihantar dari Afghanistan ke Shanghai tidak lama dahulu. Penuaian kacang pain di Afghanistan amat makmur pada tahun ini. Tetapi penjualannya terjejas akibat pandemik COVID-19 dan situasi domestik di negara itu.

Dengan ini, China telah menyediakan "koridor udara kacang pain" untuk membantu petani Afghanistan.

CIIE Bawa Manfaat kepada Seluruh Dunia_fororder_微信图片_20211109152237

Perkara tersebut bukanlah kebetulan. CIIE telah menyediakan platform penjualan produk untuk negara-negara membangun khususnya negara-negara paling mundur. Ini sejajar dengan komitmen China untuk mengamalkan multilateralisme dan berkongsi peluang pasaran bersama-sama masyarakat antarabangsa.

Pada pandangan China, pembangunan dan makmur bersama adalah pembangunan dan makmur yang sebenar.  "Berkongsi bersama”menjadi aspirasi asas bagi CIIE.

Kira-kira 90 syarikat dari 33 negara yang paling mundur menyertai CIIE kali ini.  CIIE pula menyediakan platform yang amat berharga kepada negara-negara tersebut untuk menyertai mekanisme multilateralisme.

China membantu Pusat Perdagangan Anatarabangsa yang ditubuhkan bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) untuk menyediakan gerai pameran khas bagi mempromosi produk makanan, hasil pertanian dan barang penggunaan dari negara-negara Afrika dan Amerika-Latin. CIIE terbukti membina "laluan pantas”bagi produk dari negara-negara paling mundur untuk menembusi pasaran China.

Ketidakseimbangan pembangunan sejagat kian teruk akibat impak pandemik COVID-19 dan perubahan situasi yang belum pernah berlaku. CIIE membolehkan semua negara berkongsi peluang pembangunan China dan mendorong globalisasi ke arah yang lebih terbuka, inklusif, manfaat bersama-sama, seimbang dan berkongsi. Ini amat penting bagi pemulihan ekonomi sejagat.

徐国玮