China Memberi Manfaat kepada Sedunia

2021-11-11 13:25:10  CRI
Share with:

China Memberi Manfaat kepada Sedunia_fororder_1144757072

“Sesetengah pengeluar bahan makanan Rusia memperoleh berjuta-juta yuan RMB dalam jualan secara dalam talian di China (CIIE) pada beberapa saat sahaja.”

Akhbar Rusia menerbitkan artikel dengan meluahkan rasa kagum sedemikian baru-baru ini.

Sebenarnya, jauh lebih banyak syarikat mendapat manfaat daripada Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-4 yang melabuhkan tirainya pada Rabu lalu.

Jumlah transaksi yang disengajakan merekodkan USD 70.72 bilion(RM 294.12 bilion) antara komen terbaik dari syarikat pelbagai negara yang mahu mengambil bahagian lagi dalam CIIE pada tahun depan.

Kejayaan CIIE sebenarnya bukan tercapai secara kebetulan. 10 November bukan sahaja hari terakhir bagi CIIE ke-4, tetapi juga hari ulang tahun ke-20 China menganggotai Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Ekspo ini telah menjadi tingkap penting untuk mempamerkan fakta keanggotaan China ke WTO untuk kebaikan global dalam tempoh dua dekad lalu.

Dengan lebih 200 surat hasrat kerjasama yang dicapai oleh lebih 1,000 syarikat China dan asing, negara-negara terlibat inisiatif "Jalur dan Laluan " (BRI) telah memperoleh sejumlah besar tempahan.

Sementara itu, penyertaan kira-kira 90 syarikat dari 33 negara yang paling kurang membangun menjadikan CIIE platform untuk berkongsi peluang.

Dalam pada itu, terdapat kira-kira 200 syarikat Amerika Syarikat (AS) mengambil bahagian dalam CIIE tahun ini yang jumlahnya mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah.

Pasaran gergasi, permintaan domestik besar yang dijana pemulihan ekonomi dan pembangunan beralih ke arah berkualiti tinggi di China telah mencipta sejumlah besar pesanan untuk pelbagai negara, selain menyuntik momentum bagi usaha memenangi perjuangan menentang pandemik COVID-19.

"Pembangunan bersama adalah pembangunan sebenar." Konsep membina komuniti berkongsi nasib pembangunan sejagat anjuran China sedang dipromosikan dengan tindakan dan hasil yang ketara menerusi platform khidmat penstriman langsung CIIE dan penggunaan teknologi digital.

China yang terus berkembang dan memperluaskan keterbukaan dipercayaai akan membawa lebih banyak "keuntungan ekspo yang kompetitif" dan "peluang China" kepada perusahaan global.

覃淼