Politikus AS Digesa Hentikan "Main Api" Dalam Isu Taiwan

2021-11-12 15:39:42  CRI
Share with:

Politikus AS Digesa Hentikan  "Main Api"  Dalam Isu Taiwan_fororder_锐评

Setiausaha Negara Amerika Syariakt(AS), Antony Blinken dalam temu bual baru-baru ini menyatakan, AS berjanji untuk memastikan Taiwan mampu mempertahankan diri. Penggunaan kekerasan secara sepihak oleh kuasa lain yang menjejaskan keadaan sekarang adalah ancaman utama bagi keamanan dan keselamatan Selat Taiwan.

Namun, dalam pertemuan peringkat tinggi China-AS yang diadakan pada penghujung bulan lalu pula, Blinken menyatakan "AS akan terus berpegang kepada dasar 'satu China'” . 

Tindakan main talam dua muka tersebut bukannya seorang diplomat.

Baru-baru ini, ketegangan situasi Selat Taiwan kian meningkat.  Ini bukan sahaja disebabkan pihak berkuasa Taiwan sering kali cuba melampaui garis batasan prinsip "Satu China", tetapi juga sokongan politikus AS terhadap kuasa "kemerdekaan Taiwan" .

Apa yang harus dilihat oleh tuan Blinken, terdapat 180 negara di Dunia mengiktiraf dan menyokong prinsip  "Satu China", itulah konsensus antarabangsa yang sebenar.

Akta Hubungan Taiwan yang ditetapkan AS secara sepihak telah melanggar komitmen negara itu dalam Tiga Pengumuman Bersama China-AS dan undang-undang antarabangsa.

Menurut  komunike yang diumumkan oleh Sidang pleno ke-6 Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China(PKC) semalam, China akan terus berpegang kepada prinsip "Satu China" dan "Konsensus 1992", tegas menentang tindakan yang cuba memecahbelahkan negara serta campur tangan kuasa asing.  Ini jelas memperlihatkan kezaman dan pendidiran tegas China untuk memelihara kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara.

Tindakan sesetengah politikus AS yang ingin menyekat pembangunan China dengan menggunakan isu “Taiwan” merupakan persepsi yang salah terhadap situasi Selat Taiwan.

Apa jua cubaan untuk mencabar prinsip "Satu China" dan kegiatan yang menghalang usaha penyatuan China pasti akan mengalami kegagalan.

胡星