Kenali Detik Penting Sejarah China Melalui Lukisan Episod 2

2021-11-16 10:45:51  CRI
Share with:

Majlis Sambutan Penubuhan Republik Rakyat China

Lukisan cat minyak yang berjudul “Majlis Sambutan Penubuhan Republik Rakyat China” ini dicipta pada 1952.

Karya ini merakamkan detik tertubuhnya Republik Rakyat China, satu peristiwa penting yang terpahat dalam sejarah.

Pada 1 Oktober 1949, seramai 300 ribu orang penduduk berhimpun bersama-sama di Dataran Tian'anmen menanti-nantikan detik bersejarah itu.

Diiringi sorakan dan tepukan gemuruh orang ramai, mendiang Pengerusi Mao Zedong mengisytiharkan kepada dunia, "Kerajaan Republik Rakyat China telah ditubuhkan pada hari ini".

Susuk Mao di tengah-tengah karya catan itu memperlihatkan kedudukan pentingnya dalam pimpinan Parti Komunis China (PKC) dan rakyat pelbagai etnik.

Elemen warna merah  yang terdiri daripada tiang koridor, tanglung serta lautan bendera kebangsaan di dataran Tian'anmen membentuk kontras langit biru, awan putih dan pokok hijau, menggambarkan suasana meriah dan keceriaan detik sambutan itu.

Setelah lebih tujuh dekad berkembang, China mengalami perubahan yang cukup besar di bawah pimpinan PKC.

Baik dari perspektif sejarah China mahupun dunia, ia sememangnya sebuah epik perjalanan yang sungguh mengagumkan.

张宪