Kenali Detik Penting Sejarah China Melalui Lukisan Episod 3

2021-11-16 10:53:40  CRI
Share with:

Buruh Daqing Tidak Kenal Erti Musim Sejuk

Lukisan cat minyak yang berjudul “Buruh Daqing Tidak Kenal Erti Musim Sejuk” ini dicipta pada 1973.

Lukisan ini telah memaparkan landskap para buruh di medan minyak Daqing di kawasan Timur Laut China yang sedang berkerja dengan bersungguh-sungguh walaupun pada musim sejuk.

Di tengah-tengah karya ini adalah watak utama dan juga buruh yang terkenal di China iaitu Wang Jinxi.

Mempunyai tekad yang jitu, beliau turut digelar sebagai “orang besi”.

Bahagian utama dalam lukisan ini berkisarkan Wang Jinxi yang memimpin para buruh lain ketika sedang bekerja dengan sibuk di platform penggerudian dalam cuaca bersalji yang amat sejuk dengan suhu 30-40 darjah di bawah sifar.  

Pelukis menggunakan dakwat tebal dan garisan lurus untuk menggariskan watak, manakala muka dicorak dengan warna coklat kemerahan untuk menunjukkan perbezaan terang dan gelap, supaya ekspresi watak dikelihatan lebih jelas dan hidup.

Pada bulan September tahun 1959, peneroka minyak China telah menemui minyak di Gaotaizi yang terletak di provinsi Heilongjiang.

Kebetulan ketika itu persiapan dilakukan di peringkat kebangsaan untuk merayakan ulang tahun ke-10 Republik Rakyat China, justeru orang China menamakan medan minyak itu sebagai “Daqing” (Da bermakna besar dan meriah, manakala Qing bererti merayakan).

Dalam tempoh lebih tiga tahun selepas itu, kapasiti pengeluaran minyak medan Daqing telah mencatat 6 juta tan setahun. Penemuan dan penggalian minyak medan ini telah mengubah keadaan industri petroleum China pada asasnya dan menyediakan bekalan tenaga yang mencukupi untuk pembangunan ekonomi China.

Dalam proses penerokaan dan pembangunan minyak medan Daqing, telah terbentuknya semangat Daqing dan semangat “orang besi” yang terkandung semangat “patriotik, meneroka, mengejar kebenaran dan menyumbang”.

张宪