Roti Nan Tangkis Dusta Barat

2021-11-18 14:29:24  CRI
Share with:

Akhir-akhir ini, sejumlah sejuta roti nan Ili dieksport ke Rusia melalui pintu sempadan Horgos, menandakan kemasukan makanan tradisional Xinjiang ini ke pasaran Eropah buat julung kalinya.

Duta Besar Argentina ke China, Gustavo Sabino Vaca Narvaja yang pernah melawat ke wilayah itu, berkongsi pengalaman mencuba hidangan lazat tempatan antaranya roti nan. 

Dalam Forum Pembangunan Xinjiang 2021 di Beijing pada Isnin, beliau berkata, wilayah itu berbaloi untuk dilawati.

Pada pandangannya, Xinjiang berperanan penting dalam pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Selaku zon teras Jalur Ekonomi Jalan Sutera, Xinjiang telah menjadi laluan utama bagi memudahkan pertukaran dan interaksi antara negara-negara BRI.

Dalam tiga suku pertama tahun ini, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Xinjiang mencatat RMB1.13 trilion (RM740 bilion), meningkat 8.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pendapatan per kapita boleh guna di bandar dan desa pula masing-masing meningkat 9 peratus dan 11.5 peratus.

Pasaran baharu menjanjikan peluang baharu. Sejak dua tahun kebelakangan ini, kerajaan tempatan Ili membawa roti nan menembusi pasaran asing. Ia merupakan contoh unggul yang memaparkan hasil perkembangan Xinjiang di bawah BRI.

Kini, rakyat Xinjiang hidup dengan bahagia berkat keterbukaan yang semakin diperluas. 

Hancur luluh dusta Barat wujudnya "buruh paksa" dan "genosid" apabila keadaan sebenar di Xinjiang telah diketahui. 

梁靓