Hubungan Sekeluarga China-ASEAN Tidak Akan Terhasut

2021-11-22 16:01:32  CRI
Share with:

Minggu lalu, ketika Setiausaha Amerika Syarikat Anthony Blinken melawat ke beberapa negara Afrika, beliau dan konvoinya begerak di lebuh raya dan secara tidak langsung menyaksikan sendiri pelbagai fasiliti yang dibina oleh China, termasuklah landasan kereta api Mombasa–Nairobi.

Sudah tentu bagi Blinken ia bukan petanda baik kepadanya lebih-lebih lagi kedatangannya ke situ adalah untuk mempromosi agenda “B3W” (Build Back Better World).

Ketika menghadiri sidang akhbar di Nigeria, beliau telah menegaskan bahawa pelaburan China di Afrika adalah hal baik, tapi tidak patut membebakan hutang yang tidak mampu dibayar.

Bagaimanapun, Menteri Luar Nigeria, Geoffrey Onyeama yang turut menghadiri sidang akhbar itu segera membanta kenyataan itu bahawa China telah membawa peluang pembangunan baik dan pihaknya turut bekerjasama dengan China, Jerman dan pelbagai negara lain. Memetik kata-katanya, keadaan itu hanyalah urus niaga saja dan China tidak pernah menggunakan pelaburannya untuk menambah pengaruh di sana.

Berdasarkan statistik kerajaan Nigeria, hutang China hanya menduduki 3.94% daripada hutang awam negara itu.

Melihat kepada undang-undang pelaburan infrastruktur domestik AS yang baru dimeterai selepas diperbahaskan selama lebih setengah tahun, masalah pertama yang dihadapi oleh B3W adalah kekurangan dana.

Cadangan G7 yang dikatakan menggunakan dana swasta sebenarnya juga kurang pragmatik untuk memenuhi keperluan pembinaan infrastruktur di dunia membangun.

B3W juga mengutamakan apa yang dikatakan “tata nilai” dan secara terus terang nak bersaing dengan Inisiatif “Jalur dan Laluan” BRI. Maksudnya, jika satu-satu negara pilih untuk nak bekerjasama dengan AS, maka mereka tak boleh bekerjasama dengan China lagi.

Autoritarian macam ini susah diterima oleh negara-negara membangun yang bersedia mengawal hubungan kerjasama dengan pelbagai pihak.

Pada masa yang sama, Setiausaha Perdagangan AS, Gina Raimondo yang melawat Asia Tenggara pada minggu lalu menegaskan AS tidak akan kembali ke CPTTP, tapi akan menggalakkan rangka ekonomi Pasifik-India yang mungkin dijadualkan bermula pada awal tahun depan.

AS mengemukakan TPP dan pelbagai negara di rantau ini termasuk Malaysia berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai standardnya yang tinggi dan menjayakan rundingan, tapi selepas itu AS pula tarik diri.

Seterusnya negara serantau terus berusaha mengembangkan TPP menjadi CPTPP dan berjaya menarik permohonan penganggotaan China sebagai entiti ekonomi kedua terbesar, jadi AS menyatakan ia bersedia mengeluarkan rangka ekonomi yang lain.

Maksudnya usaha lebih 10 tahun akan dibazrikan hanya dengan agenda AS yang menolak bekerjasama dengan China.

Satria yakin autoritarian ini juga akan ditolak mentah-mentah oleh pelbagai negara di rantau ini.

Kerjasama antara China dengan pelbagai negara di rantai ini bersejarah lama dan berkembang dengan baik.

Hubungan Sekeluarga China-ASEAN Tidak Akan Terhasut_fororder_1321414490

Sidang Kemuncak Sambutan Genap 30 Tahun Penjalinan Hubungan Dialog China-ASEAN telah diadakan secara maya hari ini. Hubungan bilateral dinaiktarafkan menjadi komprehensif strategik menyeluruh. Ini akan menyuntuk penjana baharu kepada kedamaian, kestabilan, kemakmuran dan pembangunan serantau bahkan dunia.

Usaha menghasut negara-negara ASEAN untuk menolak kerjasama dengan China tidak akan berjaya, sebab kita disambung dengan gunung, air bahkan darah, seperti satu keluarga sejak sekian lama.

Dalam Dialog Manama di Bahrain baru-baru ini, Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto menyatakan bahawa ASEAN menyelesaikan pelbagai isu serantau dengan multilateral, bersedia mengawal hubungan dengan semua kuasa besar.

Jelas beliau, pihaknya sedar bahawa kepentingan sebenar yang sah Beijing, justeru akan menyokong dan menghormati China sebagai satu kuasa dunia yang besar.

Beliau turut dipetik sebagai berkata, tamadun China merupakan antara tamadun yang memimpin dunia dalam ratusan tahun yang lalu dan adalah biasa untuk mereka mempunyai kedudukan sesuai dalam nasib sesama insan.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga menyatakan dalam sidang kemuncak pagi tadi bahawa Malaysia mengundang China menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri ASEAN pada 30 tahun yang lalu terbukti keputusan bijaksana. Pihak Malaysia menyanjung tinggi peranan China untuk yang mengutamakan ASEAN dalam kerjasama serantau dan mengalu-alukan hubungan bilateral dinaiktarafkan sebagai komprehensif strategik menyeluruh.

Satria yakin ucapan Prabowo Subianto dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebenarnya telah mewakili pandangan ASEAN dan ini juga dialu-alukan China.

AS berniat memberi lebih banyak tumpuan kepada Asia Tenggara juga diganggu oleh China, sebab jikalau ini memang membantu pembangunan tempatan, ini juga bersesuaian dengan kepentingan China. Jikalau ia cakap kosong atau beragenda untuk menghasut permusuhan di rantau ini, negara-negara serantau pastinya sudah cukup cerdik dan tidak akan termakan helahnya.

张弘