China dan ASEAN, Rakan yang Saling Sokong dan Bantu

2021-11-23 11:55:23  CRI
Share with:

China dan ASEAN, Rakan yang Saling Sokong dan Bantu_fororder_139539990

Kita mengisytiharkan penjalinan perkongsian rakan strategik komprehensif pada hari ini”, keputusan yang penting ini diumumkan Presiden China, Xi Jinping ketika menghadiri sidang kemuncak untuk memperingati ulang tahun ke-30 hubungan dialog China-ASEAN secara maya di Beijing semalam. Ini merupakan batu tanda baharu bagi kerjasama kedua-dua pihak dan membolehkan seramai lebih 2 bilion orang daripada 11 buah negara menimkmati kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.

Presiden Xi mengemukakan lima cadangan bagi mengembangkan hubungan China-ASEAN pada masa depan dengan menyeru bersama-sama membangunkan rantau yang damai, aman, makmur, indah dan muhibah. Cadangan ini mencerminkan pendirian China yang konsisten, iaitu mengutamakan hubungan dengan ASEAN dalam diplomasi dengan negara jiran, dan kesediaan yang ikhlas untuk menjadi jiran, sahabat dan rakan baik bagi ASEAN.

China dan ASEAN bertanggungjawab bersama-sama memelihara kedamaian dan keamanan serantau, serentak itu berwaspada dan menentang muslihat geopolitik daripada kuasa luar. China menegaskan 'sama sekali tidak mahu mengejari amalan hegemoni apatah lagi membuli negara kecil', dan turut menyeru negara Asia Tenggara sepatutnya menggembleng tenaga untuk mengatasi pelbagai ancaman terhadap kedamaian dan bersama-sama melindungi kestabilan kawasan Laut China Selatan. Anjuran tersebut dipercayai akan memperkukuh lagi dasar kerjasama China-ASEAN yang melibatkan pelbagai bidang.

Dalam sidang kemuncak ini, Presiden Xi mengumumkan lagi siri langkah baharu sebagai sokongan yang lebih kuat kepada negara Asia Tenggara untuk menangkis pandemik COVID-19, antaranya termasuk memberikan 150 juta dos vaksin tanpa bayaran dan menambah bantuan dana sebanyak USD5 juta (RM21 juta) kepada Tabung ASEAN bagi melawan wabak.

Dalam sidang kali ini, China menyarankan agar melancarkan pembangunan zon perdagangan bebas China-ASEAN edisi 3.0 dengan seawal mungkin, dan mengumumkan akan membekalkan bantuan pembangunan sebanyak USD1.5 bilion (RM6.28 bilion) lagi kepada ASEAN dalam tempoh tiga tahun akan datang dan merancang mengimport hasil pertanian bernilai USD150 bilion (RM628 bilion) daripada ASEAN pada lima tahun akan datang. Langkah-langkah ini dilihat akan mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih padu. 

曹捷