Semakin Banyak Kerjasama BRI Buahkan Pencapaian

2021-11-23 15:05:37  CRI
Share with:

Semakin Banyak Kerjasama BRI Buahkan Pencapaian_fororder_src=http-%2F%2Fp9.itc.cn%2Fq_70%2Fimages03%2F20210908%2Ffc35a60cf165495996fad9bc11b0c5fa.jpeg&refer=http-%2F%2Fp9.itc

Stadium Lusail di Qatar yang dibina oleh syarikat China telah disiapkan untuk Piala Dunia FIFA 2022. Stadium ini mampu menerima lebih 92.5 ribu penonton dan pertandingan akhir juga akan diadakan di sini.

Meskipun menghadapi impak pandemik, projek ini berjaya disiapkan dalam dua tahun mengikut jadual.

Kerajaan Mesir mengumumkan akan dipindah ke ibu kota pentadbiran baharu (NAC) bermula bulan depan. Dalam NAC yang dibina di padang pasir ini, kebanyakan bangunan di kawasan perniagaan pusat (CBD) dibina oleh syarikat China, termasuk menara yang setinggi 385 (Iconic Tower)dan bakal menjadi bangunan tertinggi di Afrika.

Semakin Banyak Kerjasama BRI Buahkan Pencapaian_fororder_b151f8198618367a55022a6e8036fbddb21ce54d

Landasan kereta api dari Kunming, China ke Vientiane, Laos akan dirasmikan pada 2 Disember nanti. Jaringan kereta api Asia yang dibahaskan selama 60 tahun mulai dilengkapi.

Semakin banyak kerjasama infrastruktur di bawah BRI di pelbagai negara kini telah membuahkan pencapaian.

Minggu lalu, ketika Setiausaha Amerika Syarikat Anthony Blinken melawat ke beberapa negara Afrika, beliau dan konvoinya begerak di lebuh raya dan secara tidak langsung menyaksikan sendiri pelbagai fasiliti yang dibina oleh China, termasuklah landasan kereta api Mombasa–Nairobi.

Sudah tentu bagi Blinken ia bukan petanda baik kepadanya lebih-lebih lagi kedatangannya ke situ adalah untuk mempromosi agenda “B3W” (Build Back Better World).

Ketika menghadiri sidang akhbar di Nigeria, beliau telah menegaskan bahawa pelaburan China di Afrika adalah hal baik, tapi tidak patut dibebankan dengan hutang yang tidak mampu dibayar.

Bagaimanapun, Menteri Luar Nigeria, Geoffrey Onyeama yang turut menghadiri sidang akhbar itu segera membantah kenyataan itu bahawa China telah membawa peluang pembangunan baik.

Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa pelaburan China membantu menyediakan dana untuk projek infrastruktur dan hutang negara itu pula adalah terkawal. Pihaknya turut bekerjasama dengan China, Jerman dan pelbagai negara lain. Memetik kata-katanya, keadaan itu hanyalah urus niaga saja dan China tidak pernah menggunakan pelaburannya untuk menambah pengaruh di sana.

Berdasarkan statistik kerajaan Nigeria, hutang China hanyalah 3.94% daripada hutang am negara itu.

Melihat kepada undang-undang pelaburan infrastruktur domestik AS yang baru dimeterai selepas diperbahaskan selama lebih setengah tahun, masalah pertama yang dihadapi oleh B3W adalah kekurangan dana.

Cadangan G7 yang dikatakan menggunakan dana swasta sebenarnya juga kurang pragmatik untuk memenuhi keperluan pembinaan infrastruktur di dunia membangun.

B3W juga mengutamakan apa yang dikatakan “tata nilai” dan secara terus terang nak bersaing dengan Inisiatif “Jalur dan Laluan” BRI. Maksudnya, jika satu-satu negara pilih untuk nak bekerjasama dengan AS, maka mereka tak boleh bekerjasama dengan China lagi.

Autoritarian macam ini susah diterima oleh negara-negara membangun yang bersedia mengawal hubungan kerjasama dengan pelbagai pihak.

G7 yang dipimpin oleh AS diharapkan agar bukan sekadar cakap kosong lagi, tatapi dapat mengeluarkan pelan yang pragmatik untuk membangunkan dunia yang lebih indah, saling melengkapi dengan BRI untuk membantu negara-negara membangun, bukan menegaskan bersaing dan asyik menolak kerjasama sahaja.

张弘