Muslihat AS Mahu Adu-Domba China-Afrika

2021-11-24 15:26:53  CRI
Share with:

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menyelesaikan lawatan di Kenya, Nigeria dan Senegal baru-baru ini. Walaupun tak macam rakan sejawatnya penggal lalu yang memaksa negara-negara Afrika menyatakan pendirian yang menyebelah, Blinken tetap menunjukkan muslihat negara Uncel Sam untuk mengadu-dombakan negara-negara Afrika dengan China dan menyempitkan ruang diplomasi negara Tembok Besar.

Bagaiamanpun, benih pertelingkahan itu gagal disemai antara China dan Afrika yang berhubungan rapat dalam kerjasama persahabatan. Adakah Encik Blinken cukup yakin untuk melobi tiga negara tersebut atau tidak, ketika melihat konvoinya berjalan di lebuh raya yang dilabur dan dibina China di Nairobi, Kenya, menampak Wisma Dewan Perniagaan China yang tersergam setelah keluar dari Lapangan Terbang Abuja di Nigeria, serta merasai suasana meriah pada saat menjelang Sidang Peringkat Menteri Forum Kerjasama China-Afrika di Senegal?

Sejak sekian lama, bantuan AS kepada Afrika hanya dijanjikan pada mulut sahaja atau disediakan dengan syarat politik. AS tidak pernah mengendahkan pembangunan Afrika, sebaliknya hanya berminat menjadikan benua terbabit alat permainan catur geopolitik.

Berbeza dengan Washington, Beijing sentiasa menunaikan janjinya dalam bantuan kepada sahabat Afrika. Terdapat satu dokumentari yang dihasilkan stesen televisyen utama di Zimbabwe yang menceritakan kisah bandar Victoria Falls di mana direalisasikan "jangkitan pada kadar yang rendah dan kematian sifar", serta pemulihan pelancongan dan ekonomi. Dimalumkan, lebih 95% vaksin dalam kempen pemvaksinan di Zimbabwe adalah bekalan China.

Selain itu, China telah mempertahankan tangga pertama dalam ranking rakan dagang terbesar Afrika untuk 12 tahun berturut-turut. Sejak Forum Kerjasama China-Afrika ditubuhkan pada tahun 2000, jumlah perdagangan bilateral sudah melonjak 20 kali ganda, sedangkan tanaman pelaburan langsung China di Afrika melambung 100 kali ganda. Perusahaan China telah membina dan menaiktaraf landasan kereta api sepanjang 10,000 kilometer, jalan raya sepanjang 100,000 kilometer, dan menyediakan peluang kerja sebanyak 4.5 juta di Afrika. Kesemua pencapaian ini dapat dikecapi rakyat tempatan tanpa sebarang syarat politik.

Siapakah sahabat bagi Afrika? Menurut laporan yang dikeluarkan satu institusi tinjauan pendapat umum terkenal baru-baru ini, pengaruh China menduduki tempat pertama dalam ranking berkenaan. Sebanyak 63% responden beranggapan bahawa pengaruh China terhadap sosioekonomi tempatan "amat" atau "relatif" positif.

Afrika tidak memerlukan muslihat. Uncle Sam perlu mendengar saranan pakar Afrika Selatan, Eric Olander, iaitu 'Bersaing dengan China secara buta-butaan ditakdirkan sia-sia sahaja bagi AS. Kalau ingin mendapat kepercayaan di Afrika, politikus AS diharap menumpukan perhatian mereka kepada agenda yang kondusif, dan bukan hanya meragui kehadiran China di benua itu'.

高蕾