China, ASEAN Naiktaraf Lagi Hubungan

2021-11-24 15:27:57  CRI
Share with:

Hubungan antara China dan ASEAN melangkah ke satu tahap yang baharu pada Isnin setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk mewujudkan perkongsian strategik komprehensif. 

Diumumkan pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-China sempena memperingati ulang tahun ke-30 Hubungan Dialog ASEAN-China, hubungan baharu tersebut difahamkan dapat menjadi penggerak baharu dalam kerjasama serantau.

Untuk rekod, sejak terjalinnya hubungan dialog pada tahun 1991, hubungan antara kedua-dua pihak terus menyaksikan pelbagai penaiktarafan termasuk ditingkatkan ke perkongsian strategik pada 2003.

Kapal-kapal yang menghantar kargo antara China dan Vietnam di Sungai Beilun bandar Dongxing Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi pada awal 1990-an.

Pada 11 November 2020, pekerja mengangkat kontena kargo untuk kereta api rentas sempadan China-Vietnam di pusat kereta api antarabangsa Nanning Guangxi.

China, ASEAN Naiktaraf Lagi Hubungan_fororder_1

Sebagai projek ikonik Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), landasan kereta api China-Laos bakal beroperasi pada Disember nanti. Landasan itu direka dan dibina oleh syarikat China dengan kesemuanya menggunakan teknologi, piawaian dan kelengkapan China.

China, ASEAN Naiktaraf Lagi Hubungan_fororder_2

Untuk konteks, setelah beroperasi kelak, kereta api yang bertolak dari Kunming ibu kota provinsi Yunnan pada waktu malam, boleh tiba di Viantiane, Laos pada pagi keesokan harinya.

China, ASEAN Naiktaraf Lagi Hubungan_fororder_3

Dalam Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-18 yang diadakan di Nanning pada 12 September lalu, pelbagai produk unik dari negara ASEAN mendapat sambutan yang baik.

China, ASEAN Naiktaraf Lagi Hubungan_fororder_4

Sebagai rakan utama dalam operasi memerangi pandemik COVID-19, China telah menyumbang lebih 36 juta dos vaksin serta bahan-bahan keperluan pencegahan dan kawalan wabak dalam kuantiti besar kepada 10 negara anggota ASEAN.

徐国玮