Dokumentari “Cita Rasa Makau”, Kisah Kemakmuran Makau

2021-11-25 14:47:31  CRI
Share with:

Dokumentari “Cita Rasa Makau”, Kisah Kemakmuran Makau_fororder_微信图片_20211125144157

Majlis pelancaran dokumentari 4K berskala besar “Cita Rasa Makau” diadakan di Guangzhou, pada Rabu.

Dokumentari yang dihasilkan secara bersama oleh Kumpulan Media China (CMG) dan kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Makau itu bertujuan untuk meraikan ulang tahun ke-22 kepulangan Makau ke pangkuan tanah air.

Pelancaran dokumentari tersebut telah dilakukan oleh Ketua Eksekutif Makau, Ho Iat Seng dan Presiden CMG, Shen Haixiong.

 

Dokumentari “Cita Rasa Makau”, Kisah Kemakmuran Makau_fororder_0edd67fb68d85479c76fa03efb9e06fc

Menurut Shen ketika menyampaikan ucaptamanya, penghasilan dokumentari tersebut merupakan terjemahan kepada semangat amanat Presiden Xi Jinping yang disampaikan semasa perhimpunan perayaan ulang tahun ke-20 kepulangan Makau ke tanah air iaitu untuk memperluaskan bidang kerjasama dengan kerajaan Makau serta memperbanyak amalan media massa bagi dasar“satu negara dua sistem”.

Dokumentari “Cita Rasa Makau”memfokuskan budaya makan dan minum di Makau yang diminati penonton dari dalam dan luar negara dengan menggunakan teknologi berdefinisi ultra tinggi 4K dan menceritakan tentang pengeluaran, perubahan, kemakmuran dan latar belakang makanan-makanan yang lazat di wilayah itu.

Jelas Shen, CMG akan bersama-sama kerajaan pusat dan Makau menyampaikan kisah kejayaan Makau dalam usaha mengamalkan dasar “satu negara dua sistem", serta membantu Makau dalam pelibatan pembangunan negara agar mencapai kecemerlangan yang lebih besar.

徐国玮