Landasan Kereta Api China-Laos Bawa Peluang Baharu

2021-11-30 12:59:28  CRI
Share with:

Landasan Kereta Api China-Laos Bawa Peluang Baharu_fororder_a714ad1f1a58675bb3f83b2ae608d98

Pelbagai industri di Laos dijanjikan peluang besar daripada pembukaan landasan kereta api China-Laos kelak.

Pengurus Besar Kumpulan Inthira Laos, Inthy Deuansavanh ketika diwawancara Kumpulan Media China (CMG) berkata, ia termasuk industri pelancongan yang bakal menarik ramai pelancong dari China.

Jelas beliau, syarikatnya sudah bersedia sepenuhnya termasuk dari segi persekitaran, penginapan, kemudahan dan perkhidmatan untuk menerima pelancong China.

Tambah Inthy, pekerjanya juga mula mempelajari bahasa Mandarin untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik.

Menurut jangkaan Bank Dunia, sejumlah empat juta warga Laos dan 10 juta pelancong dari negara jiran akan menggunakan landasan kereta api itu setiap tahun, sekali gus memperkukuh daya tarikan Laos kepada para pelabur sehingga meningkatkan pendapatan negara tersebut sebanyak 21 peratus.

梁靓