AS Digesa Tangani Isu Diskriminasi Rasnya Sebelum Canangkan Demokrasi

2021-12-03 14:53:18  CRI
Share with:

AS Digesa Tangani Isu Diskriminasi Rasnya Sebelum Canangkan Demokrasi_fororder_631961316

Pada Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat(AS), anggota puak Orang Asli Amerika dari wilayah New England di negara itu mengadakan perhimpunan untuk memperingati peristiwa "pembunuhan beramai-ramai, rampasan tanah dan pencabulan kejam dalam bidang kebudayaan yang dialami oleh berjuta-juta orang asli Amerika."

Politikus AS yang sibuk mengadakan apa yang disebut "sidang kemuncak demokrasi" digesa mendengar tangisan dan aduan penduduk asli Amerika.

Pada masa ini, masalah diskriminasi ras masih berleluasa di AS. Ini terbukti baik daripada segi kematian George Floyd, seorang warga AS keturunan Afrika akibat anggota polis yang menekan lehernya dengan lutut pada tahun lalu dan pembunuhan enam wanita keturunan Asia dalam tembakan di Atlanta pada tahun ini, mahupun daripada segi diskriminasi ras dalam bidang penguatkuasaan undang-undang dan ketidaksamarataan kaum dalam bidang pekerjaan dan kehidupan rakyat.

Isu perkauman yang melibatkan pelbagai sektor di AS juga bukti kukuh kegagalan "demokrasi AS." Bahkan rakyat AS sendiri pun berasa pesimis dan kecewa dengan demokrasi di negaranya.

Dari manakah keyakinan kerajaan AS untuk mengadakan kononnya "sidang kemuncak demokrasi" itu? Tidak kira betapa cantiknya topeng "demokrasi" yang dihiasi oleh politikus, tidak dapat menyembunyikan kesengsaraan yang dialami rakyat AS ekoran diskriminasi kaum, kekoyakan sosial, dan polarisasi antara yang kaya dan yang miskin.

Percubaan AS untuk mengadakan "sidang kemuncak demokrasi" dengan tujuan "merawat penyakit dalaman dengan rawatan luaran" pasti akan gagal.

Demokrasi adalah nilai sepunya seluruh umat manusia. Terdapat banyak kaedah untuk merealisasikannya, dan tidak sepatutnya ditetapkan oleh satu negara sahaja.

AS tidak layak menjadi "hakim demokratik", dan juga tidak boleh menjadi "ketua" demokrasi global. Apa yang disebut "sidang kemuncak demokrasi" tidak dapat mengharumkan nama AS dan juga tidak dapat menangani masalah diskriminasi rasnya. Tindakan ini telah ditakdirkan untuk gagal sejak awal lagi.

覃淼