Menurut berita CRI, Sidang Kemuncak Memperingati Ulang Tahun ke-15 Penjalinan Hubungan Dialog China-ASEAN hari ini telah diadakan di Bandar Nanning, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China hari ini. Perdana Menteri China Wen Jiabao dan pemimpin negara anggota ASEAN, termasuk Presiden Filipina yang juga pengerusi bergilir ASEAN Gloria Macapagal Arroyo, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Sultan Brunei Darussalam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong telah menghadiri sidang kali ini.
Ketika memberi ucapan dalam majlis perasmian, Perdana Menteri China Wen Jiabao berkata, dalam tempoh selama 15 tahun yang lalu, China dan ASEAN telah aktif mengadakan dialog, dan telah mencapai hasil penting dalam kerjasama pelbagai bidang termasuk politik, ekonomi dan perdagangan, keselamatan awam dan lain-lain. Beliau juga mencadangkan supaya kedua-dua pihak meningkatkan kerjasama strategik, meluaskan kerjasama, memelihara keselamatan bersama, mengeratkan komunikasi dan bersama-sama meneroka masa depan yang lebih cerah.
1 2