Masjid Anwai


Masjid Anwai juga dikenali sebagai Masjid Andingmenwai, nama sepenuhnya Masjid Daguan Andingmenwai, dibina pada zaman Maharaja Jiaqing Dinasti Qing. Luasnya mencapai 500 meter persegi.

Alamat: Qingnianhu Nanli, Andingmenwai, Dongcheng District, Beijing
Tel: 86-10-84136251

Panduan untuk ke Masjid Anwai
Masjid Anwai atau dinamakan juga Masjid Andingmenwai juga boleh dimanfaatkan. Masjid ini, dalam daerah Dongcheng, naik subway line 2 selepas melepasi stesen Jishuitan ke Guloudajie dan seterusnya ke stesen Andingmen. Keluar dari stesen itu menyusuri sebelah kiri Andingmenwai Dajie menyeberangi jembatan sehingga ke jalan sebelah kiri Ande Lu. Susur jalan tersebut sehingga sampai lorong sebelah kanan selepas deretan kedai yang memanjang ke belakang itu. Masuk ke lorong yang agak sempit itu yang terletak deretan pangsapuri. Sampai ke sebuah pintu gerbang kecil berwarna hijau yang tertulis Qingzhensi dalam karektor Mandarin, masuk ke dalam ke masjid Anwai. Ruang solatnya kecil sahaja tetapi selesa.

Alamat tulisan China untuk ditunjukkan kepada pemandu teksi

>> Pengangkutan Awam

>Stesen Subway:
Andingmen (Subway line 2)

>Stesen bas:
Ditan Ximen (104, 108, 113, 119, 124, 18, 201, 328, 358, 407, 426, 430, 758, 803, 850, 858, 2)
Andingmenwai (27)

Daerah Dongcheng

• Masjid Dongsi
• Masjid Dongzhimenwai
• Masjid Nandouya
• Restoran Tradisional Baikui Cawangan Longfusi
• Restoran Tradisional Baikui Cawangan Jiaodaokou
• Restoran Snek Longfusi
• Restoran Donglaishun Cawangan Wangfujing

Ulasan
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China. 100040