Masjid Nanxiapo dibina lebih 300 tahun yang lalu. Luasnya 636 meter persegi. Seni bina masjid itu menggabungkan unsur istana tradisional China dengan bangunan Arab. Ia merupakan satu contoh yang tipikal daripada masjid-masjid di China. Disebabkan masjid itu amat dekat dengan beberapa kedutaan besar negara asing di China, maka staf-staf dari badan tersebut sentiasa menyertai aktiviti keagaman di sana.
Alamat: No.129, Chaowai Ertiao, Chaoyang District, Beijing Tel: 86-10-85626316
• Panduan untuk ke Masjid Nanxiapo Masjid yang tidak berapa besar ini terletak di kawasan Yabaolu tempat popular membeli belah. Untuk ke sana, keluar sahaja daripada Stesen subway line 2, Chaoyangmen dari pintu A bergerak ke hadapan Chaoyangmen Dajie. Melintas lebuh tersebut dan bergerak sebelah kiri sehingga sampai ke Yabaolu. Bergerak masuk ke dalam sehingga melepasi dua lorong kiri masuk ke dalam sedikit dan masjid itu di kiri anda. |