Stadium Negara


Upacara perasmian dan penutupan Sukan Olimpik Beijing 2008 akan diadakan di Stadium Negara China yang baru. Oleh sebab bentuknya yang istimewa, stadium ini juga digelar "Sarang Burung". "Sarang Burung" mula dibina di Taman Olimpik bahagian utara bandar Beijing pada penghujung bulan Disember tahun 2003. 

Dalam merancang pembinaannya, pereka stadium Sukan Olimpik sudah mempertimbangkan peralihan  fungsinya daripada sukan kepada kebudayaan, pameran, perniagaan, pelancongan dan aktiviti riadah lain. Selain itu, stadium Sukan Olimpik Beijing juga  mempunyai pelbagai kemudahan seperti kemudahan pengangkutan, telekomunikasi dan keselamatan supaya dapat digunakan secara komersial selepas Sukan Olimpik nanti.

Lokasi: Olympic Green

Acara dalam Sukan Olimpik 2008: upacara pembukaan dan penutup, olahraga, bola sepak lelaki
Acara dalam Sukan Paralimpik 2008: upacara pembukaan dan penutup, olahraga

Luas Binaan: 258,000Mē
Tempat Duduk: 80,000
Tempat Duduk Sementara: 11,000

Fungsi selepas Sukan Olimpik 2008: pertandingan sukan, aktiviti kebudayaan dan hiburan dari dalam dan luar negara.

Alamat tulisan China untuk ditunjukkan kepada pemandu teksi

>> Pengangkutan Awam

>Stesen Subway:
Beitucheng (Subway line 10)
Olympic Green (Olympic line)

>Stesen bas:
Beichendonglu (417, Olympic Special Bus line 1)

Stadium-stadium lain

• Pusat Renang Negara
• Stadium Tertutup Negara
• Dewan Lawan Pedang di Pusat Konvensyen Negara
• Stadium Hoki Olimpik Green Beijing
• Lapang Sasar Memanah Olimpik Green Beijing
• Gelanggang Tenis Green Olimpik

Ulasan
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China. 100040