"Nailao"

"Nailao" dibuat daripada susu dan cuka beras. "Nailao" dalam bahasa Mandarin bermaksud keju, tetapi "Nailao" tidak sama seperti keju, dan rasanya manis, seperti puding.

"Nailao" ialah sejenis pencuci mulut yang dahulunya dihasilkan dalam istana untuk maharaja dan kerabatnya sahaja.

"Nailao Wen" dan "Wenyu Nailao" merupakan dua buah kedai yang khusus menjual "Nailao". Kedua-dua kedai ini mempunyai sejarah yang lama dan semua makanan yang dijual di sini disediakan oleh tukang masak dalam kedainya.

"Sanyuan Meiyuan" pula ialah kedai moden yang juga menjual "Nailao". Bezanya daripada kedua-dua kedai "Nailao" yang bersejarah itu, "Nailao"yang dijual di "Sanyuan Meiyuan" dibuat secara besar-besaran dalam syarikat Sanyuan.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China. 100040