Pasar Borong Guanyuan

Pasar Guanyuan, yang beroperasi sejak 16 Februari tahun 1998 ini, terletak di sebelah barat persimpangan Jalan Ping'an dengan Lebuh Raya Lingkaran Ke-2, dan berhampiran dengan Chegongzhuang Stesen Kereta Api Bawah Tanah Laluan Kedua (line 2).

Pasar ini menjual pelbagai produk secara borong dan runcit, antaranya termasuk pakaian, topi, kasut, beg, alat-alat pejabat, barangan kegunaan harian, hasil tenunan, peralatan bilik tidur dan lain-lain. Pasar ini amat terkenal di kalangan penduduk Beijing kerana laluan ke sana mudah, harga barangannya berpatutan dan suasana membeli-belah yang selesa.

Alamat:
Pengangkutan Awam:
Stesen Subway: Chegongzhuang (Subway line 2)

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China. 100040