Panduan untuk ke Masjid Niujie

Ada beberapa buah masjid di kawasan kosmopolitan Beijing yang boleh dimanfaatkan ketika anda berada di sekitar kawasan tersebut semasa berlangsung Sukan Olimpik Beijing untuk bersolat terutama pada hari Jumaat. Masjid yang paling utama ialah Masjid Niujie. Untuk sampai ke sana sekiranya anda menaiki subway line 1 turun di stesen Xidan pintu C keluar ke jalan besar perhentian bas No. 10 berhadapan bangunan stesen bas shutter ke lapangan terbang.

Bas itu akan sampai ke perhentian Niujie kira-kira lima belas minit perjalanan. Mudahnya tahu tempat turun kerana penerangan komputer menyebut dalam bahasa Mandarin, stesen yang seterusnya ialah Niujie dan bersedia untuk turun. Ini diikuti pula dengan makluman yang sama dalam bahasa Arab.

Apabila turun susur jalan ke hadapan melalui pasaraya Muslim Niujie dan menyeberang jalan ke kiri ke kompleks masjid berkenaan. Jika hendak cepat lagi, kita boleh bertukar dari subway line 1 turun di stesen Fuxingmen (transfer station) ke line 2, satu stesen sahaja ke Changchunjie. Sampai ke stesen itu, keluar ikut pintu A2 dan ke sebelah kiri jalan Changchunjie ada perhentian bas, tunggu No.10 dan turun pada stesen ketiga di tepi pasaraya Muslim Niujie tadi.

Dengan bas, kalau dari Shijingshan Lu (Shijingshan Road), bas 337 ke Changchunjie berhenti di perhentian akhirnya di Changchunjie Lukoudong. Patah balik ke belakang dan menyeberang jalan ke perhentian bas No.10 tadi dan naik hingga ke stesen ketiga tepi pasaraya Muslim Niujie. Satu lagi dengan bas, naik di perhentian Gongzhufen sebelah selatan bas No.57 dan turun di hentian Guang'anmen, bergerak ke hadapan dan ke kanan jalan ke Niujie.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China. 100040