Panduan untuk ke Masjid Houheyan |
Kalau Masjid Niujie agak jauh, ambil yang dekat sedikit iaitu Masjid Houheyan dalam daerah yang sama. Untuk ke sana, juga dengan pengangkutan yang agak sama. Dengan subway line 1 turun ke stesen pertukaran, Fuxingmen ke line 2 satu stesen sahaja ke Changchunjie. Keluar ikut pintu C2 bergerak ke hadapan sehingga sampai simpang ke kanan kawasan apartment, masuk ke dalam ke sebuah hotel belia, Feiying International yang agak tersorok. Ke sebelah kiri hotel, ada lorong yang agak sibuk kerana ada gerai terbuka menjual buah-buahan dan membaiki basikal. Naik tangga ke lorong yang agak tinggi itu bergerak ke belakang sedikit dan ke kiri lorong masjid itu. Kalau dengan bas dari Shijingshan Lu naik bas 337 ke perhentian akhirnya di Changchunjie Lukoudong. Jalan ke kanan, terus masuk lorong ke hotel tadi. |