Panduan untuk ke Masjid Dongzhimenwai |
Bagi venue di kawasan Chaoyang seperti Stadium Pekerja dan Bolatampar Pantai, anda digalakkan pergi sahaja ke Masjid Dongzhimenwai dalam daerah Dongcheng. Masjid tersebut lokasinya berhampiran perhentian bas Dongzhimen yang sibuk terletak sebelah kanan jalan masuk ke perhentian itu. Kalau naik subway line 2 keluar ke stesen Dongzhimen dan bergerak ke arah Dongzhimenwai Dajie ke stesen berkenaan. Masjidnya tidak berapa besar tetapi ia menjadi tempat popular untuk solat Jumaat kerana berdekatan dengan stesen bas berkenaan. |