Panduan untuk ke Masjid Haidian

Mereka yang berlegar di sekitar kemudahan institusi pengajian tinggi di daerah Haidian seperti Gimnasium Universiti Peking, Gimnasium Universiti Pertanian China, Gimnasium Institut Teknologi Beijing, Gimnasium Universiti Sains dan Teknologi Beijing, tiada masalah kerana adanya kemudahan di institusi tersebut.

Bagaimanapun, untuk solat Jumaat mereka bolehlah ke Masjid Haidian di Lorong Suzhou. Untuk ke sana, perlu naik bas 817 di perhentian Yuquanlu dan turun di Beiwai (Beijing Foreign Studies University, BFSU) untuk mengambil bas No. 110 dan turun pada hentian ketiga. Menyeberang jejantas di situ ke sebelah dan ke masjid yang terletak pada deretan kedai di situ. Gerbang masuk ke masjid tidak berapa jelas. Sebagai panduan, ia terletak selang sebuah bangunan dengan sebuah tokong.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China. 100040