Panduan untuk ke Masjid Dewai |
Sebagai pilihan lain, boleh dimanfaatkan Masjid Dewai, tidak jauh dari Masjid Madian. Ia dikenali juga sebagai Masjid Dewai dan terletak dalam daerah Xicheng. Ia sebuah masjid yang besar dan moden terletak di tepi Lebuh Deshemenwai Dajie yang bersambung dengan Lebuhraya Badaling. Untuk ke sana, mereka yang mengambil subway line 2 keluar di stesen Jishuitan dan bergerak ke belakang ke arah stesen bas sehingga sampai ke Deshemenwai Dajie. Seberang lebuh tersebut sudah nampak kelibat masjid tersebut kerana ada kubah seperti masjid di Malaysia. |