Panduan untuk ke Masjid Nandouya |
Dengan subway line 2 dari stesen Dongzhimen, turun dua stesen lagi di Chaoyangmen. Keluar dari pintu A, berpatah ke belakang ke Chaoyangmennei Dajie (Chaoyangmen Inner Street). Melintas jalan dan bergerak ke kiri. Tidak jauh dari situ ada simpang ke kanan, Douban Hutong dan terus bergerak ke dalam. Selepas melepasi simpang empat, di hadapan sebelah kanan itu masjid. Atau daripada Subway Line 1 bertukar ke Subway Line 2 di stesen pertukaran Jianguomen. Satu stesen sahaja ke Chaoyangmen. Keluar di pintu B berpatah ke belakang ke Chaoyangmennei Dajie, ke seberang. Menyusur di sebelah kiri lebuh itu sampai ke simpang sebelah kanan Nandouban Hutong. Masuk ke dalam untuk ke masjid. Tempat ini popular terutama kepada rombongan pelancong dari Malaysia sehingga tanda arah dibuat dalam bahasa Malaysia seperti Bilik Wuduk Wanita, Bilik Wuduk Lelaki dan Kedai Cenderamata. |