Panduan untuk ke Masjid Sanlihe

Mereka yang berada di sebelah barat seperti di Pusat Kebudayaan dan Sukan Wukesong yang terdapat Stadium Tertutup dan Padang Baseball boleh ke Masjid Sanlihe dalam daerah Xicheng.

Untuk ke sana dengan subway line 1 turun ke stesen Muxidi, keluar ke pintu C ke Sanlihe Lu (Sanlihe Road di sebelah kanan untuk ambil teksi ke Yuetan Nanjie (Yuetan South Street) lorong kiri di hadapan. Sampai ke lorong sebelah kiri No. 52 Yiqu masuk ke dalam. Untuk mudah ke lorong itu tandanya ialah antara bangunan 71 dengan bangunan 69. Lorong itu agak sempit kerana ada gerai terbuka sayur-sayuran dan buah-buahan serta membaiki basikal. Selepas gerai-gerai itu, bangunan sebelah kiri bernombor 52, masuk ke dalam dan ke belakang ke pintu gerbang masjid berkenaan.

Selain itu, boleh dengan bas No. 337 dan 728 dari Shijingshan Lu (Shijingshan Road) turun di Muxidi untuk mendapatkan teksi.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China. 100040