Panduan untuk ke Masjid Moshikou |
Bagi mereka yang berada di Laoshan Velodrome, Mountain Bike Course dan BMX Field berhampiran Bajiao/Shijingshan Amuesement Park atau di kawasan Beijing Shooting Range berhampiran Badachu, boleh ke Masjid Moshikou dalam daerah Shijingshan. Anda perlu naik bas 621 dari stesen Yuquanlu (Yuquan Road) sehingga ke Moshikou di Jinding Beilu (Jinding North Road). Di hadapan perhentian itu ialah kawasan penempatan Moshikou, masuk ke dalam melepasi tiga lorong sebelah kanan kawasan pangsapuri sampai ke masjid tersebut yang terletak dikawasan tanah tinggi. Untuk mudah lagi naik bas 337 dari Changchunjie Lukoudong ke satu lagi perhentian akhir bas tersebut di Shijingshan. Keluar dari stesen itu ke sebelah kanan menyusur Jinding Lu (Jinding Road) melepasi sebuah sekolah rendah ke Jinding Beilu di sebelah kanan. Jalan beberapa meter, di sebelah kiri itu penempatan Moshikou dan masuk ke dalam. |