Taman Beihai

Taman Beihai yang terletak di pusat bandar Beijing merupakan salah sebuah taman diraja kuno yang paling bersejarah dan dipelihara dengan baik di China. Luasnya 71 hektar.

Taman Beihai mula dibina pada zaman Dinasti Liao sebagai istana diraja sementara. Pada zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing, ia dijadikan taman diraja. Akhirnya, pada tahun 1925, taman itu dibuka kepada orang awam.

Susun atur keseluruhan Taman Beihai diilhamkan daripada "satu kolam tiga gunung kayangan" iaitu Kolam Taiye, Gunung Penglai, Gunung Fangzhang dan Gunung Yingzhou, yang disebut dalam legenda China. Dengan pemandangannya yang indah serta reka bentuknya yang agak unik, Taman Beihai amat diminati oleh pelancong dari dalam dan luar negara.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China. 100040