Istana Musim Panas

Istana Musim Panas atau juga dikenali sebagai Taman Yihe merupakan taman kuno yang terbesar dan masih terpelihara dengan baik hingga ke masa ini. Ia terletak di Daerah Haidian, bahagian barat laut bandar Beijing, kira-kira 20 kilometer dari Lapangan Tian An Men.

Istana Musim Panas yang luasnya 290 hektar ini terkenal dengan pemandangannya yang indah serta bangunannya yang utuh dan megah. Bahagian utamanya termasuk Bukit Wanshou dan Tasik Kunming. Susun atur keseluruhan taman itu dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu bahagian untuk Permaisuri Cixi dan Maharaja Guangxu menerima pegawai-pegawai mengadap dan mentadbirkan hal ehwal negara, bahagian untuk Permaisuri Cixi, Maharaja Guangxu dan gundiknya menjalani kehidupan seharian; dan, bahagian untuk Permaisuri Cixi, Maharaja Guangxu dan gundiknya bersantai-santai.

Istana Musim Panas

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China. 100040