Tembok Besar di Badaling |
Tembok Besar China yang menjadi lambang bangsa China ini panjangnya 6700 kilometer dan merupakan salah satu binaan yang paling menakjubkan di dunia. Tembok yang mula dibina pada tahun ke-18 Hongzhi (tahun 1505) ini terletak di bahagian selatan Kaunti Yanqing. Ia merupakan sebahagian daripada projek pertahanan tentera Dinasti Ming yang dipelihara keutuhannya sampai sekarang. Terdapat satu peribahasa China yang menyatakan bahawa orang yang tidak sampai ke Tembok Besar China bukanlah pahlawan yang sebenar. Kini, Tembok Besar China telah menjadi destinasi pelancongan yang mesti dikunjungi oleh pelancong baik dari dalam, mahupun dari luar negara. |