Makam Diraja Dinasti Ming

Ming Tomb, iaitu Makam Diraja Dinasti Ming yang terletak di kawasan pergunungan Tianshou, Daerah Changping Beijing ialah panggilan umum kepada 13 buah makam diraja dari zaman Dinasti Ming. Luasnya makam ini 120 kilometer persegi. Pembinaan kesemua 13 makam ini memakan masa yang panjang, mulai dari pembinaan Makam Changling pada tahun ketujuh Yongle (tahun 1409), hinggalah ke pembinaan Makam Siling yang dimulakan pada awal tahun satu Shunzhi pada zaman Dinasti Qing, tempohnya berlanjutan hingga 200 tahun lebih. Dalam tempoh itu, terdapat 13 orang maharaja, 23 orang permaisuri, dua orang putera, lebih 30 orang gundik raja dan seorang kasim dikebumikan di sini.

Ming Tomb merupakan kompleks makam yang masih wujud dengan skop paling besar, dan yang mempunyai makam diraja yang paling banyak di China. Dengan pemandangannya yang indah dan reka bentuknya yang unik, ia menjadi lambang taraf tertinggi dalam seni bina permakaman China yang istimewa.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China. 100040