Panduan untuk ke Masjid Shazikou |
Dengan subway naik line 5 ke stesen Puhuangyu. Keiuar, naik bas 986 atau No. 7 yang melalui Anlelin Lu ke Shazikou Dong. Tidak jauh di sebelah kiri ada pintu gerbang besi yang tertulis Qingzhensi dalam karektor Mandarin. Ada sebuah gerai terbuka di tepinya yang penuh dengan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Masuk ke dalam melepasi tandas awam sehingga sampai ke penghujung lorong. Di kanannya, ada pintu tertulis tanda masjid dan masuk ke lorong sempit itu sehingga sampai ke papan tanda yang mengarah ke kiri itulah jalan masuk ke masjid. Dengan bas, dari Gongzhufen naik bas 103 dan 108 ke arah selatan. Begitu juga bas No. 40. Naik bas tersebut yang bergerak ke Muxiyuan iaitu penghabisan laluannya. Menyeberang jalan Yongdingmenwai Dajie dan ambil teksi ke Shazikou. Perlu berhati-hati sebab masjid itu terletak bukan di Shazikou Lu tetapi di Anlelin Lu di sebelahnya. Sampai ke persimpangan Yangdingmenwai Dajie/Shazikou Lu/Anlelin Lu, masuk ke Anlelin Lu dan tidak jauh dari situ di sebelah kanan terdapat lorong yang ada gerbang besi, jalan ke masjid berkenaan. |