Panduan untuk ke Masjid Changying |
Dengan Beijing Subway Line 1 sampai ke stesen Sihui, keluar ke sebelah kanan untuk ke perhentian bas Sihui. Pergi ke perhentian luar di hadapan sebelah kanan tunggu di kaunter bas 506. Naik bas tersebut sehingga ke pekan Guanzhuang. Bas akan masuk ke Dongwei Lu dan bergerak sehingga ke persimpangan Chaoyangmen Beilu (Chaoyangmen North Road). Turun dan jalan ke kiri ke Chaoyangmen Beilu. Tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid yang besar tersergam indah iaitu di Changying Minzu Jiayuan. Masjid ini ada dua pintu gerbang bertembok di bahagian dalam selepas menjengah masuk dari pintu gerbang besar yang terletak tempat berwuduk yang memanjang ke sebelah kanan membawa ke belakang. Ia menyediakan tempat yang banyak untuk berwuduk dan mandi untuk para jemaah. |