Soalan daripada Juliana: Assalamualaikum. Saya akan ke Beijing pada 10-12 Ogos ini dan akan tinggal di Hotel Kunlun atas tajaan salah satu sponsor untuk Olimpik Beijing. Adakah lokasi ini berdekatan dengan mana-mana subway, masjid, restoran muslim dan juga tempat membeli-belah? Terima kasih.
Jawapan: Stesen subway yang terdekat dengan Hotel Kunlun ialah Liangmaqiao (Subway line 10). Tempat membeli-belah: Jiayi Vogue Square, Lufthansa Friendship Shopping Center (seperti peta yang berikut).
Manakala, masjid yang terdekat dengan hotel itu ialah Masjid Dongzhimenwai.
Restoran muslim yang terdekat: Little Penang Restaurant (berasal dari Malaysia), alamatnya: Nurenjie, District Chaoyang Restoran Awana (berasal dari Malaysia), alamatnya: Nurenjie, District Chaoyang |