Hotel Murah Beijing Dekat Mana Mana Masjid?
Soalan daripada saudara Anuar:
Hotel murah Beijing dekat mana mana Masjid, dan tambang keretapi hard sleeper 1 orang dari Guangzhou ke Xi'an, Xi'an ke Beijing, Beijing ke Guangzhou . Terima kasih.

Jawapan:
Terdapat beberapa hotel yang murah dekat dengan Masjid Niujie Beijing, iaitu Hotel Pelancongan E-Jia Nanyuan Niujie Beijing. Nomber telefonnya ialah 86-010-400-6501-123;dan Hotel Zhongyouyuan Beijing. Nomber telefonnya ialah 86-010-81229876. Satu lagi hotel adalah Hotel Qinglianfurun Beijing(Niujie).Nomber telefonnya ialah 86-010-83529929.

Tambang keretapi hard sleeper dari Guanghzou ke Xi'an kira-kira 400 Yuan RMB, dari Xi'an ke Beijing kira-kira 260 Yuan, dan dari Beijing ke Guanghzou kira-kira 440 Yuan.

 

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China. 100040