Tempat Mana Boleh Beli Beg Tangan dan Telefon Bimbit yang Murah-Murah di Beijing?

Soalan daripada saudari Siti,

Tempat mana yang boleh membeli beg tangan dan telefon bimbit yang murah-murah di Beijing?

Jawapan:

Kalau nak beli beg tangan yang murah-murah, bolehlah saudari pergi ke Pusat Beli-belah Xiushui di Daerah Chaoyang. Maklumat yang lebih perinci mengenai pusat tersebut, cubalah saudari layari laman web:https://malay.cri.cn/621/2009/07/31/123s101285.htm.

Bagi telefon bimbit yang murah-murah pula, bolehlah pergi ke pusat membeli-belah elektronik di kawasan Zhongguancun, di Daerah Haidian.Di situlah terdapat Taman Sains dan Teknologi Zhongguancun Beijing yang merupakan salah satu taman sains dan teknologi yang terkenal di China. Banyak peralatan komputer serta alat-alat elektronik yang lain, ada dijual di sana.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China. 100040