Bagaimana Cuaca Di Beijing Sekarang?
Soalan daripada Saudari Liza:

Salam. Saya plan nak ke Beijing untuk melancong pada 16-21 Jan 2010, tapi media melaporkan cuaca di Beijing sgt sejuk dengan salji yang tebal. Pada pendapat anda adakah tarikh tersebut masih lagi sesuai ataupun saya perlu menunda ke tarikh yang lain. Waiting for ur reply asap. TQ.

Jawapan:

Cuaca di Beijing amat sejuk sekarang ini, suhunya sekitar 0 darjah selsius pada siang hari. Cuaca yang sejuk ini akan berlangsung selama 2  hingga 3 bulan lagi. Samada salji akan turun pada 16-21 Jan tidak dapat diramalkan sekarang. Maka, jika saudari Liza nak melancong ke Beijing pada bulan Januari, anda perlu membuat persiapan untuk menahan kesejukan, dan sentiasa mendapat maklumat dari Jabatan Kajicuaca samada turun salji atau tidak. Jika saudari tidak boleh menahan kesejukan, lebih baiklah menunda tarikh ke bulan April atau Mei.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China. 100040