Bagaimana Cuaca di Beijing pada 5 Februari 2010? Bagaimana Pula dengan Makanan dan Hotel?

Soalan daripada saudara Haji Abdul:

Jika nak melawat ke Beijing pada 5 Februari 2010, cuaca sejuk atau panas? Bagaimana pula dengan makanan dan hotel?

Jawapan:

Bermula pada 4 Feburari, China akan memasuki musim bunga. Cuaca pada ketika itu tak sejuk sangat, tetapi juga ada kemungkinan akan turun salji. Jadi, eloklah saudara menyediakan pakaian yang tebal terlebih dahulu. Selain itu, cuaca di Beijing sangat kering pada musim bunga, perlulah saudara banyak minum air atau makan buah-buahan ketika berada di Beijing.

Dengan makanan dan hotel pula, janganlah saudara bimbang, kerana di Beijing kini terdapat banyak restoran halal. Terdapat juga beberapa hotel yang murah dekat dengan masjid, seperti Hotel Pelancongan E-Jia Nanyuan Niujie Beijing (nomber telefonnya: 86-010-400-6501-123), Hotel Zhongyouyuan Beijing (nomber telefonnya: 86-010-81229876), dan Hotel Qinglianfurun Beijing Niujie (nomber telefonnya:86-010-83529929).

Jika saudara mahu mengetahui lebih banyak maklumat tentang pelancongan di Beijing, cubalah layari laman web kami, iaitu https://malay.cri.cn/muslim/. Dalam laman web tersebut, kami menyediakan peta Beijing, peta subway dan maklumat-maklumat tentang restoran, stadium sukan Olimpik serta pantuan beli-belah.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China. 100040