Bulan berapakah yang sesuai saya melancong ke Beijing ? |
Soalan daripada Myra:
Bulan berapakah yang sesuai saya melancong ke Beijing ? Jawapan Musim sejuk di Beijing adalah dari bulan November hingga bulan Febuari, cuaca amat sejuk dan suhu udaranya menurun sehingga antara 1-15 darjah selcius di bawah paras beku. Oleh sebab itu, musim sejuk di Beijing tidak begitu sesuai saudara melancong ke sana. Saudara boleh melancong ke Beijing pada penghujung bulan Febuari atau awal bulan Mac. Pada masa itu sudah berada pada musim bunga, cuacanya tidak sejuk dan mulai panas. Musim bunga dan gugur paling sesuai saudara melancong ke Beijing, iaitu bulan Mac, April, September serta Oktober. Jikalau saudara boleh tahan cuaca yang sejuk dan kering di Beijing, silalah datang ke Beijing pada bulan ini untuk menikmati pemandangan salji yang mempesonakan. Ingatlah memakai topi, pelindung mulut, sarung tangan dan cabut apabila melancong ke Beijing. Diharapkan saudara merasa gembira dan seronak di Beijing nanti. |