Bagaimana keadaan suhu dan musim ketika bulan Julai di Beijing?

Soalan: 1. Saya akan melancong ke Beijing pada 5 Julai hingga 9 Julai. Bagaimana keadaan suhu dan musim ketika itu? Selain itu, apakah pakaian yang sesuai dipakai? 2. Penukaran matawang asing sesuai dilakukan di Malaysia atau di Beijing? Adakah had tertentu? 3. Bagaimana dengan kod panggilan antarabangsa dari Beijing ke Malaysia?

Jawapan:

Musim pada bulan Julai adalah musim panas di Beijing, suhu udara yang paling tinggi pada ketika itu biasanya antara 36 hingga 39 darjah selsius. Kerana cuaca pada masa itu sama panas seperti di Malaysia, maka baju yang anda pakai di Malaysia boleh juga pakai di Beijing.

 

Penukaran matawang asing sesuai dilakukan di Malaysia, kerana wang asing perlu ditukar di bank di China, manakala tempat money changer kurang banyak di Beijing. Jumlah wang tunai yang dibawa biasanya dikawal ketika keluar dari sesebuah negara, maka, anda lebih baik mendapat maklumat dari agensi pelancongan di Malaysia.

 

 Kod panggilan antarabangsa dari Beijing ke Malaysia adalah 0060 + no.wilayah + no.telefon

 

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China. 100040