Hotel dekat masjid di bandar Tianjin?

Soalan: Saya nak pergi Tianjin dan Beijing. Saya nak tahu hotel dekat masjid di Tianjin. Terima kasih

Jawapan: Terdapat beberapa buah masjid di bandar Tianjin. Hotel-hotel yang dekat dengan Masjid Xi Ningdao, sebuah masjid yang dekat dengan pusat bandar,  termasuk :

Hotel Gelin Haotai Tianjin Cawangan Jalan Guizhou. Alamat hotel itu ialah : No.46 Jalan Guizhou, Daerah Heping Tianjin.  Hotel Hanting Kuaijie Tianjin Cawangan Anshandao. Alamat hotel itu ialah: No.11 Jalan Sipingxi, Daerah Heping Tianjin. Hotel Dongya Tianjin. Alamat hotel itu ialah: No 86, Jalan Kunming, Daerah Heping Tianjin.

Hotel yang lain bolehlah didapati di laman web

http://www.9tour.cn/guoqing/map_343_2337686/

http://www.9tour.cn/guoqing/map_343_2337679/

http://www.17u.net/ebook/label-TianJin-TianJin-LiangJiaZuiQingZhenSi.html

Terdapat beberapa hotel yang murah dekat dengan Masjid Niujie Beijing, iaitu Hotel Pelancongan E-Jia Nanyuan Niujie Beijing. Nomber telefonnya ialah 86-010-400-6501-123; dan Hotel Zhongyouyuan Beijing. Nomber telefonnya ialah 86-010-81229876. Satu lagi hotel adalah Hotel Qinglianfurun Beijing(Niujie).Nomber telefonnya ialah 86-010-83529929.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China. 100040