Soalan daripada Masniļ¼Salam, saya akan ke Beijing pada 26 Mac 2010 n ingin mengetahui bagaimana keadaan cuaca di sana ketika itu. Adakah perlu kami memakai pakaian sejuk kerana ketika itu musim bunga. Sabtu lalu, berlakunya debu oren di beijing dan adakah debu berkenaan berulag lagi?
Jawapan: Cuaca agak sejuk di Beijing pada bulan Mac walaupun sudah memasuki musim bunga. Suhu udara biasanya antara 3 hingga 15 darjah celcius dan angin yang kencang pada musim ini adakalanya menyebabkan ribut pasir. Jadi, anda perlu memakai pakaian tebal dan topi jika melawat ke Beijing. |