Ramalan cuaca semasa Sukan Asia sedang berlangsung |
Bulan November di Guangzhou adalah musim sejuk, tetapi saudara tak perlu khuatir kerana musim sejuk di Guangzhou sebenarnya agak selesa. Cuaca pada waktu tersebut diramalkan cerah dengan suhunya di antara 15 hingga 27 darjah celcius. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Untuk maklumat yang lebih tepat, saudara bolehlah melayari laman rasmi ramalan cuaca sempena Sukan Asia di alamat yang berikut: http://www.asiangames-weather.cn/en/ |