Cuaca dan Waktu Solat di Beijing |
Salam kepada saudara penulis. Terima kasih kerana menulis kepada kami dan tahniah kerana berpeluang melawat bandar Beijing. Untuk menjawab soalan saudara, bulan Januari di Beijing masih lagi musim sejuk. Purata suhu hariannya berada jauh di bawah paras beku pada tarikh lawatan saudara nanti. Dalam keadaan cuaca sebegini, kemungkinan adanya salji memang tinggi, tetapi malangnya kita tidak dapat ramalkan dengan tepat. Jadi saudara memang perlu bersiap sedia dengan pakaian tebal yang secukupnya.
Mengenai waktu solat, saudara bolehlah melayari laman web IslamiChina (http://www.islamichina.com/) untuk mendapatkan waktu-waktu solat bagi tarikh lawatan saudara. Maklumat lain seperti lokasi masjid dan restoran halal juga terdapat di laman tersebut. Segala maklumat berkenaan permohonan visa ke Beijing pula boleh saudara dapati di Pusat Perkhidmatan Permohonan Visa Negara China di Menara OSK, Jalan Ampang, Kuala Lumpur atau di laman rasminya www.visaforchina.org.my Diharap jawapan saya ini dapat membantu sedikit sebanyak memudahkan persiapan saudara untuk datang ke Beijing. |